Wednesday, December 23, 2009

Beribadah yang baik

- Bila solat dilakukan maka lakukan dengan sebaik-baiknya.

- Buat ibadah secara sederhana iaitu tidak memberatkan diri sendiri kerana ibadah yang memberatkan diri akhirnya akan menjadi jemu.

- Amal ibadah yang wajib hendaklah dilakukan dengan sepenuhnya.

- Amal ibadah yang sunat hendaklah dibuat secara sederhana iaitu tidak memberatkan badan.

- Apabila dilakukan ibadah secara sederhana maka kita tidak akan jemu-jemu beribadah.

- Bagi mereka yang berasa berat untuk solat 8 rakaat, maka buatlah 2 rakaat sudah memadai. Janganlah pula hari ini 100 rakaat selepasa itu terus jemu.

- Apabila dilakukan secara sederhana ia juga dianggap sebagai dakwah iaitu orang lain melihat Islam itu agama yang tidak memberatkan.

- Jangan mengadakan-ngadakan sesuatu ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. walaupun amalan itu baik.

- Sentiasalah berdoa agar apa yang kita lakukan ini selaras dengan apa yang nabi amal.

Amal kerana Allah s.w.t.

Ramai daripada kalangan manusia yang beribadah kerana sesuatu tujuan. Pada hal Allah s.w.t. meminta supaya manusia mengerjakan ibadah adalah semata-mata kerana Allah s.w.t.

Kita sembahyang adalah kerana Allah s.w.t. Jangan sekali-kali sembahyang itu meminta upah atas amalan yang dilakukan. Orang yang hendak balasan syurga kerana amal ibadahnya itu dianggap tidak ikhlas

Tugas kita ialah sembahyang iaitu sembah Allah s.w.t. Di lain masa kita minta sungguh-sungguh supaya Allah s.w.t. memberi kita syurga. Bukanlah kita minta balasan syurga hasil daripada amal ibadah kita itu.

Syurga adalah terlalu mahal dan tidak dapat ditukar ganti dengan sembahyang kita itu.

Kita sentiasa memohon rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita.

Banyakkanlah doa, zikir dan selawat seperti mana yang Allah s.w.t. perintahkan.

Berdoa semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa kita. Zikir mengingati Allah s.w.t. serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.