Wednesday, December 23, 2009

Amal kerana Allah s.w.t.

Ramai daripada kalangan manusia yang beribadah kerana sesuatu tujuan. Pada hal Allah s.w.t. meminta supaya manusia mengerjakan ibadah adalah semata-mata kerana Allah s.w.t.

Kita sembahyang adalah kerana Allah s.w.t. Jangan sekali-kali sembahyang itu meminta upah atas amalan yang dilakukan. Orang yang hendak balasan syurga kerana amal ibadahnya itu dianggap tidak ikhlas

Tugas kita ialah sembahyang iaitu sembah Allah s.w.t. Di lain masa kita minta sungguh-sungguh supaya Allah s.w.t. memberi kita syurga. Bukanlah kita minta balasan syurga hasil daripada amal ibadah kita itu.

Syurga adalah terlalu mahal dan tidak dapat ditukar ganti dengan sembahyang kita itu.

Kita sentiasa memohon rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita.

Banyakkanlah doa, zikir dan selawat seperti mana yang Allah s.w.t. perintahkan.

Berdoa semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa kita. Zikir mengingati Allah s.w.t. serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment